Majlis Penyerahan keputusan SPM 2021 - 16 JUN 2022
Kegembiraan jelas terpancar semalam semasa Majlis penyerahan Keputusan SPM 2021 yang dibuat di Dewan Gemilang SKUSES. Seawal jam 9.00 pagi bekas pelajar SPM 2021 bersama-sama ibu bapa masing-masing datang ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2021. Alhamdulillah ada yang mendapat 10 A bagi peperiksaan kali ini. Semua pelajar tidak kira keputusan yang diraih diraikan sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan seperti perintah berkurung (PKP) dan menjalani kelas secara maya sahaja. Ada juga pelajar yang terkesan dengan penularan COVID-19 sehingga ada yang dikuarantin dan terpaksa menduduki SPM ulangan. Namun begitu segalanya telah terjawab dengan keputusan yang memberangsangkan. Tahniah kepada semua pelajar SPM 2021, ibu bapa dan tidak lupa kepada semua guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak murid ini.
Jika ada sumur diladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Kita akan berjumpa lagi!
Comments
Post a Comment