Posts

Showing posts from June, 2022

Majlis Penyerahan keputusan SPM 2021 - 16 JUN 2022

Image
 Kegembiraan jelas terpancar semalam semasa Majlis penyerahan Keputusan SPM 2021 yang dibuat di Dewan Gemilang SKUSES. Seawal jam 9.00 pagi bekas pelajar SPM 2021 bersama-sama ibu bapa masing-masing datang ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2021. Alhamdulillah ada yang mendapat 10 A bagi peperiksaan kali ini. Semua pelajar tidak kira keputusan yang diraih diraikan sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan seperti perintah berkurung (PKP) dan menjalani kelas secara maya sahaja. Ada juga pelajar yang terkesan dengan penularan COVID-19 sehingga ada yang dikuarantin dan terpaksa menduduki SPM ulangan. Namun begitu segalanya telah terjawab dengan keputusan yang memberangsangkan. Tahniah kepada semua pelajar SPM 2021, ibu bapa dan tidak lupa kepada semua guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak murid ini.                                      ...

Lawatan Guru SMK Taman Desa ke SKUSES

Image
 Semalam SKUSES telah dikunjungi oleh guru-guru dari SMK Taman Desa bagi satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber SKUSES, disamping bertukar pandangan dan idea dalam pembangunan pusat sumber sekolah. Seramai 12 orang guru SMKTD telah disambut mesra oleh Puan Pengetua, Puan Rahmat Bebe binti SS Abd Razak. Semoga lawatan dari pihak SMKTD ini akan mengeratkan jalinan ukhuwah kedua-dua sekolah disamping dapat membuka lebih banyak peluang bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Terima kasih SMK Taman Desa!