Pelancaran NILAM yang dikelolakan oleh Guru Media/ Guru Pusat Sumber sekolah dan dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn. Rahmat Bebe binti SS Abd. Razak - Isnin, 23 Mei 2022
Permainan bola sepak merupakan sukan yang digemari oleh anak-anak SKUSES. Tahun ini dua kategori, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun disertai oleh pasukan bola sepak sekolah. Alhamdulillah, pasukan bawah 17 tahun sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Aiman Maizu bersama pengurus pasukan Cikgu Ahmad telah berjaya menjadi juara Gombak pada tahun ini. Tahniah kepada kedua-dua cikgu dan pasukan bola sepak sekolah. Semoga mencapai yang terbaik bagi Piala Mokhtar Dahari pula! Tempat Pertandingan: Pusingan peringkat kumpulan: SMK Seri Kundang Pusingan Separuh Akhir & Akhir: SMK Tun Perak
Semalam telah berlangsung satu majlis pelantikan badan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Unit Koperasi Sekolah, ketua dan penolong tingkatan serta beberapa badan kepimpinan lain. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Rahmat Bebe binti SS Abd Razak, pengetua SKUSES. Majlis berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Tahniah!
Comments
Post a Comment