Posts

Sukantara dan Kejohanan Olahraga Tahunan ke 17 2022

Image
Walaupun ada ramai guru dan murid yang bertanding di luar dengan membawa nama SKUSES, namun diperingkat sekolah juga penuh dengan aksi sukan. Bulan Julai menjadi medan tempur bagi lima buah rumah sukan bersaing bagi menjadi Johan setelah dua tahun berehat kerana pandemik. Berikut merupakan warna-warni di sukantara dan juga Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 17. Sukantara Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 17 Nota: Jutaan tahniah dan terima kasih kepada para pentadbir, guru-guru, pengawas kejohanan, su sukan dan semua yang membantu dalam menjadikan kejohanan ini berjaya. 

MSSD Gombak dan SKUSES

Image
 Selain pencapaian yang cemerlang di dalam acara bola sepak, SKUSES juga menghantar beberapa pasukan bagi acara-acara lain seperti sepak takraw, bola baling, olahraga, badminton dan beberapa acara sukan yg lain.Tempoh yang singkat dalam penyediaan pasukan tidak menghalang acara-acara ini untuk memberi saingan kepada sekolah lain juga. Jadi setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru pembimbing dan murid-murid yang telah mengharumkam nama sekolah. Semoga semakin sukses ditahun akan datang! Sepak Takraw JOHAN PING PONG P (U18) Alhamdulillah, tahniah cikgu Sofiah selaku Pengerusi Teknik Ping Pong, cikgu Haniza dan guru-guru penasihat ping pong sesi pagi dan petang  Bola Jaring Tarikh: 19-22 Jun 2022 Tempat: SMK SG PUSU Pencapaian: JOHAN KUMPULAN U15, U18

4-7 Julai 2022:Kejohanan Bolasepak MSSD GOMBAK 2022

Image
 Permainan bola sepak merupakan sukan yang digemari oleh anak-anak SKUSES. Tahun ini dua kategori, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun disertai oleh pasukan bola sepak sekolah. Alhamdulillah, pasukan bawah 17 tahun sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Aiman Maizu bersama pengurus pasukan Cikgu Ahmad telah berjaya menjadi juara Gombak pada tahun ini. Tahniah kepada kedua-dua cikgu dan pasukan bola sepak sekolah. Semoga mencapai yang terbaik bagi Piala Mokhtar Dahari pula! Tempat Pertandingan: Pusingan peringkat kumpulan: SMK Seri Kundang Pusingan Separuh Akhir & Akhir: SMK Tun Perak

Akan kembali

Image
 Hampir sebulan setengah blog ini tidak dikemaskini kerana beberapa masalah. Tetapi, insya Allah, blog Suara SKUSES akan mula beroperasi semula. Ada banyak program di bulan Julai akan dimasukkan dan lain-lain program sehingga hari ini. Pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dan buat murid-murid SKUSES- Semoga dapat menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun dengan sebaiknya!

Majlis Penyerahan keputusan SPM 2021 - 16 JUN 2022

Image
 Kegembiraan jelas terpancar semalam semasa Majlis penyerahan Keputusan SPM 2021 yang dibuat di Dewan Gemilang SKUSES. Seawal jam 9.00 pagi bekas pelajar SPM 2021 bersama-sama ibu bapa masing-masing datang ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2021. Alhamdulillah ada yang mendapat 10 A bagi peperiksaan kali ini. Semua pelajar tidak kira keputusan yang diraih diraikan sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan seperti perintah berkurung (PKP) dan menjalani kelas secara maya sahaja. Ada juga pelajar yang terkesan dengan penularan COVID-19 sehingga ada yang dikuarantin dan terpaksa menduduki SPM ulangan. Namun begitu segalanya telah terjawab dengan keputusan yang memberangsangkan. Tahniah kepada semua pelajar SPM 2021, ibu bapa dan tidak lupa kepada semua guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak murid ini.                                      ...